About Me

My photo
Republic Of Suzuran, Malaysia
TANYE LA KTORG...!!!

Friday, June 19, 2009

1 comments
Selamat datang ke blog kami. Pertama kalinya kami ingin memberitahu asal usul penubuhan blog ini adalah idea dari kawan-kawan seperjuangan sebagai tanda persahabatan kami. Perkataan "suzuran" berasal dari bahasa jepun dan kami ambil sebagai 'tag' pada 'group' kami. Atas pesetujuan kawan-kawan, maka wujudlah "suzuran" disini. Kami adalah pelajar dari lulusan sijil kolej komuniti dalam pelbagai kos. 'Then' kami smbg 'study' disalah sebuah politeknik di Semenanjung Malaysia. Krew-krew yang terlibat dalam penubuhan suzuran ini ialah apek, wak, apis, karim, ryan, panglima banzai, danial, tekukur, zaki, jeff, pacak, aiman, dan adi. Blog ini wujud adalah untuk memperingati kawan-kawan yg sudah mempunyai hala tuju hidup yang lebih baik semasa kami bersama seperti mendapat pekerjaan yg bagus. Segala suka duka, pahit manis, susah senang sudah kami tempuhi bersama dan kami mahu ia dijadikan kenangan yg tak dapat dilupakan. Kita jadikan pertemuan yang singkat ini sebagai pertemuan yang abadi.Setiap pertemuan mesti ada perpisahan.Buat wak, zaki dan tekukur, kami terpaksa meneruskan perjuangan "suzuran" tanpa korang. Walau bagaimanapun korang masih lg krew suzuran bagi kami. INSYAALLAH..1 hari nanti...kita pasti akan bersama semula
walaupun apa jua keadaan..AMIN

Thursday, June 18, 2009

SEJARAH PENUBUHAN SUZURAN

0 comments
Check Out This Video:

KOLEKSI PIC2 KAMI

0 comments

hehe...ktorg snap pic nie kat megamall..time nie br hbs tgk cite angel n demons kot...bpk buhsan citew 2..nyesal tgk...jln citew slow...tp kwn2 nye request...layan!!!

ha...time nie ktorg adew gap kot time klaz...x igt lew ape klas time 2...hehe...suke tul korang ek dpt interframe...hahaha

yeehaa...time nie hbs paper final...killer subject wooo...mukew2 kerahan tenaga msg2 jwb paper letrik...hahhaha...tp korang ttp steady!!! kan...kan..kan...


pic ni ktorg snap sblm lpk blk zaki...hehe...mkn roti bakar...mane dpt...tontong ar duit....lg ape....hahaha...korang ttp BEST!!!..

Wednesday, June 17, 2009

SALAM PERKENALAN!!!

0 comments
yg ni ZAKI...
peramah orangnye...
tp die jln x on mate....
hahahaa...
rilek2...
ZAKI...t da masyuk...
dtg la jenguk2 ktorg ek..
hahaha











yang ni SYAFFIQ....
org pggl 'apek'...
hehe....
biyol x biyol sgt la....
hahaa....









yg ni WASFI...
org pggl WAK....
wak....jgn lupe ktorg ek...
hahaha...
ana ktorg bleyy jage...
hahaaha...









ha...yang ni HAMIDI...
orrg pggl ' tekukur'...
apsl tekukur...tanye la die...hahaha...
ni srg lg...da masyuk jgn lupe kwn!!..
hahaha...














yg ni HASRIANSHAH...
org pggl 'ryan'...
ktrunan bugis...
hahaha...
tgk muke stim...
hahaha...














yg ni AZMIR....
org pggl pacak...
terpacak rambut...
haha...








ni KARIM...
suke ambk pic sdiri...
hahaha...
hp ktorg penh pic die..
haahaa...
tp die plg best...














ni JEFRI....
mantan JPP POLI...
mule tgk die...pergh!!..
mcm lec...tp sbnrnyew..
BIYOL gak....hahaha













hahahaaha...
ni la UDIN...
org pggl PANGLIMA BANZAI..
hahaaha....
brsan hadapan suzuran...










yg ni HAFIZ...
best kwn ngan die nie....
hahahaa...
kalou bulan bisa ngomong..
hahaha....














yang nie AIMAN n ADI...
lame x lpk skali ngan diorg...
hahaha












hahha....
yg ni monitor ktorg....
DANIAL...
org pggl ABG...
coz plg tue...
hahaha...

Tuesday, June 16, 2009

Sakit Jiwa Tiada Kaitan Gangguan Hantu, Saka

0 comments


PESAKIT mental adalah golongan yang paling terabai di dunia.

Pemahaman keluarga, rawatan betul mampu kurangkan kesan tekanan dialami pesakit mental

MENURUT Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mereka yang berhadapan dengan masalah kekacauan mental adalah golongan yang paling terabai dalam dunia.

Ini boleh dibuktikan kerana dalam kebanyakan komuniti, penyakit mental tidak diiktiraf sebagai ‘penyakit’ sebaliknya dilihat sebagai kelemahan karakter individu atau hukuman kepada sikap tidak bermoral. Justeru, walaupun mereka sepatutnya menerima rawatan seperti pesakit penyakit lain, mereka tidak menerima rawatan yang betul dan mencukupi.
Pencabulan hak asasi kepada golongan ini wujud di mana-mana komuniti di dunia ini termasuk di hospital dan doktor.

WHO mendefinisikan masalah mental sebagai ketidakupayaan menangani tekanan normal kehidupan, tidak boleh bekerja secara produktif dan tidak boleh menyumbang kepada masyarakat. Justeru, ia diiktiraf sebagai penyakit dan berupaya untuk pulih jika menerima rawatan yang berkesan dan cepat.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Prof Dr Hussain Habil, berkata pada kebanyakan negara terutama negara berpendapatan rendah dan sederhana, perkhidmatan kesihatannya kurang sumber – manusia dan kewangan.
Di negara ini, katanya walaupun tidak menghadapi masalah itu, tetapi senario kurang pembabitan dan pengetahuan ahli keluarga dan komuniti menyebabkan pesakit mental tidak mendapat rawatan. Ini ditambah dengan persediaan menangani penyakit mental masih pada peringkat tidak memuaskan.

“Walaupun di negara ini pusat perkhidmatan yang menawarkan rawatan kesihatan mental bertambah tetapi kesemuanya milik kerajaan dan jumlahnya tidak mencukupi berbanding jumlah pesakit mental hari ini,” katanya.

Hari ini, seorang daripada 10 orang di Malaysia berhadapan dengan masalah kesihatan mental manakala di seluruh dunia 450 juta orang berkongsi masalah yang sama.

Bagi kes kemurungan, 120 juta didiagnos dengan kemurungan manakala 24 juta disahkan skizofernia. Bagaimanapun, sesetengah daripada jumlah ini tidak mendapat rawatan yang efektif kerana jurang rawatan akibat kekurangan sumber dan takut mendapatkan bantuan.

“Di Malaysia perubahan budaya yang pantas kebelakangan ini menyebabkan banyak kes gangguan mental yang dikaitkan dengan tekanan dan ia menjadi sebahagian daripada masalah kesihatan umum,” katanya.

Keadaan ini katanya, menyebabkan pesakit menunggu lama untuk rawatan dan kesannya buruk. Ini kerana kelewatan mendapatkan rawatan bukan saja membabitkan pesakit tetapi ahli keluarga dan masyarakat. Bayangkan jika pesakit terpaksa berhenti kerja atau lebih teruk membunuh diri kerana berpenyakit tetapi tidak dirawat.

“Sebagai negara berbilang kaum, ciri penyakit mental yang diutarakan adalah berbeza. Misalnya ramai antara pesakit yang mengalami kemurungan selalunya akan memberitahu doktor ciri fizikal seperti pening kepala atau sakit pada belakang kepala. Keadaan ini mungkin merumitkan doktor mengenalpasti masalah sebenar pada peringkat awal,” katanya.

Malah, katanya, keadaan ini menyebabkan pesakit melalui proses yang panjang sebelum doktor dapat memberi ubat atau menerima rawatan sesuai.

“Ada kalanya kelewatan rawatan berlaku kerana kurang pengetahuan mengenai masalah mental sama ada di kalangan pesakit atau keluarganya. Bagi orang Melayu kebanyakan mereka selalu mengaitkannya dengan gangguan hantu, saka atau sihir,” katanya.

Justeru, antara polisi menangani masalah mental adalah membabitkan ahli keluarga sebagai kumpulan sokongan. Pemahaman mereka banyak membantu dari segi pemulihan diri pesakit.

Bagi WHO, selain pembabitan keluarga dalam proses pemulihan pesakit, lebih banyak pelaburan perlu dibuat untuk meningkatkan lagi perkhidmatan bagi menangani masalah mental.

FAKTA: Masalah mental

* Kekacauan mental, neurologikal dan tingkah laku adalah masalah yang biasa kepada mana-mana negara dan menyebabkan penderitaan. Penderitaan mereka diburukkan lagi apabila dipinggirkan oleh masyarakat, tidak berupaya menjalani hidup yang berkualiti dan berisiko meningkatkan jumlah kematian.
* Masalah mental yang tidak ditangani dengan baik membebankan dari segi ekonomi dan kos sosial.
* Pada 2002, 154 juta orang di seluruh dunia menderita kemurungan, 25 juta skizofernia, 91 juta terjejas kerana penggunaan alkohol dan 15 juta mengalami masalah ketagihan ubat.
* Laporan terbaru WHO menunjukkan 50 juta orang menderita epilepsi dan 24 juta orang alzheimer.
* Sekitar 877,000 orang mati dengan membunuh diri setiap tahun.
* Seorang daripada empat pesakit yang datang ke hospital mengalami sama ada masalah mental, neurologikal atau kekacauan tingkah laku.
* Kesihatan mental menjejaskan dan terjejas dengan masalah kronik seperti barah, kardiovaskular selain diabetes dan HIV/Aids.
* Ada rawatan yang berkesan untuk menangani masalah mental, tetapi selalunya kos menjadi faktor penghalang.
* Selain kos, peluang mendapatkan rawatan berkesan gagal diperoleh kerana penyakit ini selalu dilihat ‘tidak serius’ selain salah faham mengenainya. Pembuat polisi, syarikat insurans, selain majikan sesetengah hospital swasta mengamalkan diskriminasi kepada pesakit ini.
* Kebanyakan negara berpendapatan rendah dan sederhana hanya memperuntukkan satu peratus daripada jumlah peruntukan kesihatan untuk penyakit mental.

GEMUK DAN GENDUT

0 comments


GEMUK perkataan yang sangat ditakuti wanita manakala gendut senario biasa pada lelaki. Kebanyakan orang percaya selepas berkahwin, perempuan mudah menjadi gemuk dan lelaki cenderung untuk gendut.

Bagaimanapun, ia sebenarnya sekadar cakap kosong yang tidak pernah disertai dengan kajian saintifik.

Walaupun genetik memainkan peranan penting tetapi masalah itu ia juga berkaitan dengan aktiviti fizikal dan pemakanan individu.
Gemuk sebenarnya trend yang semakin meningkat bukan saja di Malaysia tetapi seluruh dunia yang dikaitkan dengan proses urbanisasi dan globalisasi. Ramai orang tidak bergiat aktif, tidak bersenam dan mengamalkan gaya pemakanan tidak sihat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui obesiti adalah epidemik yang mewarnai peta dunia. Hampir satu bilion orang dewasa di seluruh dunia terlebih berat dan satu pertiga daripadanya gemuk. Ironinya, negara seperti India yang dicatatkan sebagai negara yang memiliki kes kekurangan nutrisi yang tinggi juga menghadapi masalah ini.

Lahirkan anak ramai bukan punca gemuk
WANITA berisi juga menarik.

DI BARAT, gemuk dan terlebih berat badan memang perkara biasa. Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan pola peningkatannya lebih cepat berbanding negara membangun.

Bagaimanapun WHO memberi jawapan yang sama kepada punca masalah ini iaitu pengambilan makanan yang tinggi gula, lemak tepu dan kurang khasiat digabung dengan sikap malas bersenam.

Justeru, kepercayaan wanita mudah menjadi gemuk selepas kahwin adalah mitos belaka.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan, Dr Noor Azah Daud, berkata logiknya selagi menjaga pemakanan dan rajin bersenam, jumlah kekerapan melahirkan anak bukanlah soalnya kerana ada juga perempuan yang tidak berkahwin juga gemuk.


“Sebenarnya apabila umur meningkat iaitu bermula usia 40 tahun, fisiologi otot mengecil atau mengecut secara perlahan-lahan dan ia boleh diisi dengan lemak. Keadaan ini bukan terhad pada wanita saja tetapi juga lelaki,” katanya.

Simpanan tenaga utama adalah lemak. Apabila pengambilan tenaga lebih banyak daripada tenaga yang digunakan, tisu berlemak (adipose tissue) semakin bertambah. Keadaan itu selalunya seiring dengan peningkatan BMI justeru berat badan.

Penggunaan tenaga tubuh sebenarnya sepadan dengan berat badan. Peningkatan tenaga yang tidak seimbang menyebabkan pertambahan berat badan.

Saya sentiasa sibuk di pejabat dan rumah, mengapa saya masih gemuk? Ini mungkin soalan biasa di kalangan wanita. Jawabnya mudah, kata Dr Noor Azah, secara relatifnya lelaki lebih aktif justeru mereka lebih berupaya mengawal berat badan berbanding wanita.

“Memang wanita juga aktif. Bagaimanapun keaktifan itu tidak termasuk bersenam. Selalunya wanita ‘aktif’ dengan urusan pejabat dan sibuk dengan rumah tangga tetapi secara realiti wanita tidak banyak bergerak,” katanya.

Maksudnya, dalam melakukan kerja pejabat dan kerja rumah kekuatan tangan yang lebih diperlukan. Pergerakan tangan digunakan untuk menaip dan memasak atau melipat pakaian. Pergerakan tangan tidak termasuk dalam kategori penggunaan otot besar. Penggunaan jari atau otot kecil bermaksud kurang mengeluarkan tenaga.

Berbanding otot besar seperti bahu, paha dan pinggul, setiap pergerakan otot besar lebih dari 10 minit membantu mengeluarkan tenaga. Kerana itu setiap kali melakukan aktiviti fizikal ia mesti lebih dari jangka masa itu.

Anologi paling mudah, mentega yang dikeluarkan dari peti sejuk mengambil masa 10 minit untuk mencair. Justeru, jika mahu kurus perlu ada keseimbangan antara tenaga yang diambil dan digunakan.

“Ada wanita mengambil jalan pintas untuk kurus. Mengambil pil pelansing dan mengamalkan diet tidak sihat. Apa yang perlu mereka tahu, pil pelansing ada pelbagai cara tindakannya. Ada berfungsi mengurangkan penyerapan makanan dan ada mengurangkan selera makan.

“Cara betul kurangkan berat badan adalah amalan bersenam dan makan makanan sihat. Jangan makan pil kurus kerana sebaik saja berhenti mengambilnya, berat badan akan naik dua kali ganda daripada asal. Malah ada kes ia juga boleh menjejaskan buah pinggang kerana ia sudah tidak boleh lagi berfungsi sebagai penapis,” katanya.

Dr Noor Azah berkata, ubat menguruskan badan tidak banyak membantu dan ia bergantung pada fungsinya. Paling utama pengguna perlu pastikan ia diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Gemuk sepatutnya tidak boleh menjadi trend. Obesiti adalah penyakit. Walau apapun kepercayaan, sama ada normal untuk wanita gemuk selepas kahwin atau biasalah kalau lelaki gendut selepas berkahwin ia harus dihapuskan sama sekali,”

Antara komplikasi gemuk adalah barah. Memang penyakit barah itu sebenarnya disebabkan banyak faktor, tetapi kalau banyak lemak risiko barah lebih tinggi. Justeru, mereka yang obes lebih cenderung diserang barah.

Genetik memang memainkan peranan tetapi ia tidak sehebat penangan tabiat pemakanan tidak betul dan sikap malas bersenam. Genetik hanya memberi sumbangan yang kecil saja dalam epidemik gemuk.

“Jika seseorang itu gemuk sejak kecil, sel lemaknya lebih besar dan banyak. Walaupun apabila dewasa, kegemukannya tidak bertambah, bilangan sel lemak tidak berkurang. Maksudnya, dia susah untuk menjadi kurus berbanding mereka yang gemuk selepas dewasa,” katanya.

Antara wanita dan lelaki malah antara satu individu dengan individu lain, tidak ada satu kadar pembakaran lemak (BMR) sama. Ada individu yang makan kerap tetapi tidak gemuk. Mereka ini tergolong dalam kelompok BMR tinggi.

Merujuk pada kajian pemakanan di kalangan dewasa Malaysia (MANS) pada 2003 mendapati prevelan obesiti dan terlebih berat lebih tinggi di kalangan wanita berbanding lelaki.

Perbandingan antara kaum pada 1995 pula mendapati prevelan obesiti lebih tinggi di kalangan orang Melayu diikuti India dan Cina manakala kajian MANS menunjukkan obesiti tertinggi adalah di kalangan masyarakat India.

Kajian MANS juga mendapati pengambilan tenaga penduduk Malaysia adalah 70 peratus daripada pengambilan makanan yang dicadangkan. Cadangan pengambilan tenaga penduduk Malaysia dewasa adalah antara 1,200 hingga 1,800 kalori (kcal) sehari tetapi ia berbeza mengikut umur dan jantina.

Kajian itu juga menunjukkan sebahagian besar rakyat Malaysia (85.5 peratus) mengamalkan gaya hidup sedentari (lebih banyak duduk) manakala hanya 14.4 saja bersenam.

Kata Dr Noor Azah, secara umum bagi wanita tisu lemak berlebihan tersimpan di pinggul, kaki dan paha manakala bagi lelaki lebihan itu lebih banyak berkumpul di perut.

Secara umum, senaman untuk menguatkan jantung adalah berlari 30 minit tetapi jika ingin menguruskan badan, cukup dengan berjalan-jalan santai tanpa berhenti bagi tempoh satu jam.

Lelaki mudah gendut bila usia meningkat

APA punca gemuk dan gendut? Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan, Dr Noor Azah Daud, berkata puncanya adalah ketidakseimbangan dalam pengambilan tenaga dengan penggunaan tenaga.

Ini ditambah dengan tiada perubahan dalam tabiat dan pengambilan makanan berlemak dan tinggi kalori.

“Kombinasi pengambilan nutrisi berlebihan ditambah pula dengan gaya hidup lebih banyak duduk adalah punca utama obesiti epidemik,” katanya.

Selain malas bersenam, perubahan persekitaran fizikal (obesogenic environment) juga mempengaruhi keadaan ini.

Antara lelaki dan perempuan, lelaki cenderung untuk menjadi gendut apabila usia semakin meningkat. Lelaki seperti juga perempuan ‘bergelut’ dengan isu pertambahan berat badan atau gemuk sepanjang usia. Begitupun, ada yang tidak menyedari pertambahan dalam ukur lilit perut mereka.

Gemuk atau gendut sebenarnya boleh dicegah dengan pengambilan diet yang betul dan senaman. Senaman untuk setiap individu, tua dan muda tidak sama. Apabila usia meningkat misalnya, selain mengubah menu makanan anda juga perlu tahu senaman sesuai untuk terus kekal langsing atau menurunkan berat badan.

Secara umum, untuk menurunkan berat badan anda perlu ‘membakar’ sebanyak mana kalori yang anda ambil. Maksudnya elak makanan tinggi lemak dan karbohidrat dan makan dalam kuantiti yang kecil.

Jadikan ‘pembakaran’ lemak sebagai aktiviti rutin. Walau di mana anda berada di rumah atau pejabat, lakukan bila berkesempatan. Misalnya, gunakan tangga untuk ke kantin atau ke surau. Begitupun turun naik tangga lakukan dengan menggunakan kasut bertapak rendah bukan kasut bertumit tinggi.

Info
Dalam sesetengah budaya, gemuk dikaitkan dengan tarikan fizikal, kekuatan dan kesuburan. Artifak lama dikenali sebagai “Venus figurines” iaitu statut bersaiz poket adalah model perempuan gemuk. Walaupun signifikan budaya ini tidak direkodkan tetapi ia dikatakan popular di zaman prasejarah di Mediterranean. Dalam budaya Eropah pula, perempuan gemuk dikaitkan dengan ritual magis dan kesuburan.

Gemuk juga diiktiraf sebagai simbol kekayaan dan status sosial terutama dalam kelompok masyarakat yang mengalami masalah kekurangan makanan. Dalam sejarah awal Eropah moden juga gemuk dikaitkan sebagai simbol kekayaan sebelum akhirnya ia dikaitkan dengan keghairahan, selera dan erotik.

Dalam seni halus, perempuan gemuk juga mendapat tempat. Misalnya dalam karya pelukis era baroque, Peter Paul Rubens (1577-1640) sehingga timbulnya istilah ‘Rubenesque’ . Ia dilihat sebagai simbol prestij.

ROKOK..MANE ADE GAYA!!!

0 comments

WABAK tembakau? Akan adakah wabak atau epidemik tembakau? Ya, ada dan sedang ‘merebak’. Lihat di keliling anda, ada saja orang diserang kanser paru-paru, tercungap-cungap bernafas akibat penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), bronkitis serta penyakit jantung yang disahkan ada kaitan rapat dengan merokok.

Lebih 90 peratus kes kanser paru-paru pada lelaki dan 80 peratus pada perempuan disebabkan rokok. Di Amerika Syarikat, ia adalah kanser utama penyebab kematian, melebihi jumlah keseluruhan kematian akibat kanser payudara, prostat dan usus; dan sedihnya perkara sama juga berlaku di negara kita.

Kajian menunjukkan penyakit jantung yang dikaitkan dengan merokok meragut lebih 600,000 nyawa setiap tahun di negara maju. Merokok menyebabkan jantung berdegup cepat yang boleh menaikkan tekanan darah. Ini meningkatkan risiko penyakit hipertensi (tekanan darah tinggi), strok dan serangan jantung.

Setiap tahun dianggarkan 5.4 juta kematian akibat rokok dicatatkan — jauh lebih tinggi berbanding kematian tibi, malaria, kemalangan, penyalahgunaan dadah dan pembunuhan. Jumlah ini dijangka meningkat kepada lapan juta setahun menjelang 2030 jika tiada langkah pencegahan dilakukan.

Di Malaysia, pada 2006 saja, 12,534 daripada 31,186 kes yang dirujuk ke unit kecemasan dikenalpasti ada sindrom koronari akut yang disebabkan tabiat merokok. Fakta yang disebut di atas bukan baru. Semua orang dan perokok tahu mengenainya. Namun sebagai peringatan bersama (kerana lumrah manusia, kita cepat lupa).

Walaupun kebanyakan perokok mungkin bersikap tidak peduli dengan segala amaran dan penyakit yang mungkin menimpa mereka, ramai yang diam-diam mencuba pelbagai cara untuk berhenti tetapi masih tidak berjaya.

Jika anda termasuk dalam kumpulan ini, teruskan berusaha kerana ini antara sumbangan yang boleh anda beri kepada keluarga. Kajian di United Kingdom mendapati merokok boleh memendekkan hayat seseorang sehingga 10 tahun. Maknanya perokok akan mati 10 tahun lebih awal berbanding individu tidak merokok.

Berapa ramai rakyat Malaysia merokok? Jumlah perokok di kalangan orang dewasa di negara kita semakin meningkat iaitu daripada 21.5 peratus pada 1986 kepada 33 peratus pada 2006. Namun berita baiknya 70 peratus daripada perokok di negara kita ada keinginan dan pernah cuba berhenti.

Untuk berhenti merokok bukan mudah kerana ia memerlukan kesedaran, kesungguhan dan sokongan tidak berbelah bagi. Ramai menganggap kejayaan lebih tinggi jika berhenti merokok secara mengejut tetapi banyak bukti menunjukkan ramai kembali merokok selepas satu tempoh tertentu, kata Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim.

Kaedah lain yang boleh dicuba ialah terapi penggantian nikotin sama ada tampalan, gula getah nikotin, ‘rokok nikotin’, semburan hidung atau pil oral bagi menangani ketagihan terhadap nikotin. Bila perlu menggunakan pengganti nikotin? Menurut Dr Aizai, terapi ini boleh diambil apabila seseorang bertekad berhenti merokok dan ia boleh diperoleh daripada doktor atau dibeli di farmasi.

Bagi yang ingin mencuba sendiri, Dr Aizai menyarankan anda menggunakan terapi penggantian nikotin selama 10 minggu. Lihat sama ada anda benar-benar berjaya membebaskan diri daripada belenggu rokok. Jika tidak berjaya dan masih tidak mampu melawan desakan kuat untuk merokok, tidak mengapa kerana ramai perokok di seluruh dunia menghadapi masalah sama.

“Jika gagal kali pertama, cuba selama 10 minggu lagi. Bagaimanapun, peratus kejayaan lebih tinggi jika usaha anda mendapat sokongan moral dan psikologikal daripada doktor atau pakar bertauliah yang mampu membantu anda berhenti,” katanya sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang akan disambut hari ini, 31 Mei 2009.

Pengarah Serantau Pfizer, Unit Perubatan Kardiovaskular dan Penjagaan Metabolik Primer, Dr Alaster Allum, berkata ketagihan nikotin perlu dianggap masalah perubatan kronik yang perlu diberi rawatan khusus, termasuk pemantauan dan penilaian berpanjangan hinggalah kesan nikotin ke atas badan hilang sepenuhnya.

Katanya, kajian mendapati 47 peratus daripada 714 perokok berumur 35 hingga 75 tahun yang ada sejarah penyakit kardiovaskular dan mengambil terapi penggantian nikotin oral seperti verenicline berjaya berhenti merokok selepas empat minggu rawatan.

Jika anda ada sejarah penyakit jantung atau mempunyai ahli keluarga yang diserang penyakit jantung, risiko anda mendapat serangan jantung sangat tinggi jika merokok.Asap rokok meningkatkan keupayaan darah untuk bergumpal (boleh menyebabkan serangan jantung jika gumpalan darah ini tersekat pada saluran darah ke jantung atau strok jika ia menghalang laluan darah ke otak), meninggikan tekanan darah dan kadar degupan jantung.

Bahan kimia dalam asap rokok ini boleh bertindak balas dengan lain-lain faktor risiko, terutama tekanan darah tinggi dan dislipidemia yang akan meningkatkan peluang kehilangan keupayaan atau kematian. Kajian terbaru menunjukkan asap rokok mengurangkan keberkesanan ubat sakit jantung yang anda ambil.

Kesan rokok bukan hanya pada perokok, malah boleh memudaratkan orang tidak merokok tetapi menghidu asap rokok secara tidak sengaja (perokok sekunder). Perokok sekunder juiga berisiko 25 hingga 30 peratus mendapat penyakit koronari arteri dan kanser paru-paru. Malah perokok tertier (iaitu individu tidak merokok, tidak menghidu asap rokok tetapi tercium bau asap rokok) juga berisiko mendapat kanser dan penyakit jantung.

Justeru, ini masanya anda memikirkan semula tabiat buruk itu yang bukan hanya menghabiskan wang, tetapi turut ‘membakar’ kesihatan isteri dan anak secara perlahan-lahan. Antara manfaat yang anda peroleh dengan berhenti merokok ialah:

# Dalam sejam — Sel badan mula memperbaiki diri sendiri, tekanan darah dan degupan jantung menurun

# Lapan hingga 12 jam — Paras karbon monoksida dan nikotin menurun 50 peratus

# 24 jam — Paras oksigen meningkat ke paras normal, risiko mendapat serangan jantung menurun

# 48 jam — Deria rasa dan hidu semakin baik, kesan nikotin hilang daripada badan

# 2 minggu — Peredaran darah bertambah baik dan fungsi paru-paru meningkat 30 peratus

# 4 minggu — Ketagihan nikotin hilang sepenuhnya

# 1 tahun — Risiko sakit jantung turun 50 peratus

# 5 tahun — Risiko strok sama dengan orang tidak merokok

# 10 tahun — Risiko kanser paru-paru kurang 30 hingga 50 peratus berbanding orang yang masih merokok

# 15 tahun — Risiko sakit jantung sama dengan orang tidak merokok


Kesan negatif rokok

> Jika wanita merokok ketika hamil, bayi dilahirkan tidak cukup berat
> Komplikasi kehamilan
> Kesuburan terjejas (wanita dan lelaki)
> Bayi berisiko alami sindrom mati mengejut (SIDS)
> Mati pucuk (lelaki)
> Keretakan tulang pinggul
> Ketumpatan tulang rendah
> Melambatkan penyembuhan luka (pembedahan, gigi)
> Menjejaskan keberkesanan ubat
> Merangsang katarak
> Kulit cepat berkedut
> Ulser peptik

Manakala risiko kesihatan yang dihadapi perokok ialah:

> 20 kali risiko kanser paru-paru
> Dua kali risiko serangan jantung
> Empat kali risiko kematian akibat penyakit jantung
> Tiga kali risiko strok (angin ahmar)
 

KERAJAAN SUZURAN Copyright © 2008 Black Brown Pop Template by Ipiet's Blogger Template